Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,440 Kes Baharu, Jumlah Kes Kini 685,204

By 19 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara meningkat semalam apabila kembali merekodkan angka 6,000 dengan 6,440 kes berbanding 5,738 kes yang dicatatkan kelmarin.

Kes baharu itu menjadikan kumulatif kes kini 685,204.

Menurut hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi melibatkan 2,095 orang, diikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816) dan Johor (592).

Selain itu, Sarawak mencatat sebanyak 536 kes, Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32), Putrajaya (enam) dan Perlis (dua).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya semalam berkata 6,861 kes sembuh dicatatkan dengan kes aktif kini 65,602, manakala 894 kes mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 451 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 74 kes kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,276 kes.

Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 28 kes diikuti Negeri Sembilan (sembilan), masing-masing tujuh kes di Sarawak dan Johor, Sabah (enam), Labuan (lima), Kuala Lumpur (empat), Melaka (tiga), Pahang (dua) dan masing-masing satu kes di Perak, Terengganu dan Kedah.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 23 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan kluster yang masih aktif adalah 810.

Daripada kluster baharu itu, 17 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja, empat kluster komuniti serta masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda