Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JPKK Perlu Amanah, Cekap Agih Bakul Makanan – Jahid

By 23 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anis Hayati Tom (Kota Kinabalu)/KPLB

TAMPARULI, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu amanah dan cekap dalam mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, berkata pengagihan bantuan makanan perlu dipercepatkan agar rakyat mendapat pembelaan hak mereka dengan segera.

“Ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab pemimpin untuk membantu penduduk kampung masing-masing yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 agar nasib mereka terbela.

“Saya berharap Pengerusi-pengerusi JPKK mengamalkan sikap amanah dan cekap dalam proses menyerahkan bantuan agar tiada rakyat yang tercicir dan dapat diagihkan dengan segera,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jahid melahirkan penghargaan atas usaha semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran proses pengagihan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terjejas.

Jahid turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin setempat untuk terus berkempen kepada penduduk kampung masing-masing untuk mendaftar sebagai penerima Vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas memantau penyerahan bantuan bakul makanan oleh Pejabat Daerah Kecil Tamparuli bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tamparuli di Dewan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli pada Selasa.

Hadir sama pada majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Jilias Lintar dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Tamparuli Siti Faizah Asli.

-RI

Tinggalkan komen anda