
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di negara ini terus mencatat penurunan semalam dengan merekodkan 5,218 kes berbanding 5,586 kelmarin.
Menerusi perkongsian di laman Twitter semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia setakat ini berjumlah 739,266 kes.
Beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,989 kes, diikuti Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409), Perak (400), Sabah (258), Johor (243), Kedah (194), Melaka (183) dan Pahang (111).
Sejumlah 108 kes pula direkodkan di Labuan, Kelantan (101), Pulau Pinang (88), Terengganu (23), Putrajaya (lapan) dan Perlis (lima).
— BERNAMA