
Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin, seramai 300 orang anggota polis dikerahkan untuk melakukan sekatan jalan raya dan pematuhan prosedur operasi standard (?SOP) sepanjang sekatan pergerakan penuh berbanding 200 orang anggota sebelum ini.
“Dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini, pergerakan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kementerian berkaitan tidak dibenarkan di seluruh negara kecuali kes kecemasan.
“Laluan keluar masuk kawasan daerah dan negeri akan ditutup dengan sekatan jalan raya yang dikawal oleh pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya (SJR) Jelebu, di sini baru-baru ini.
Menurut Pegawai Daerah Jelebu, Abdul Rahim menasihatkan agar semua penduduk di daerah ini untuk terus kekal berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP.
“Apa yang terbaik adalah duduk di rumah untuk bersama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19,” katanya.
-FF