Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Tidak Hantar Jemaah Haji Tahun Ini

By 13 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan semalam berkata perkara itu disebabkan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

“Sebentar tadi saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan keputusan Kerajaan Arab Saudi bagi penglibatan jemaah haji daripada negara luar bagi Musim Haji 1442H itu.

“Justeru, mewakili Kerajaan Malaysia, saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H, akur serta menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” katanya.

Dr Zulkifli berkata makluman yang sama telah diterima oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein daripada rakan sejawatnya Putera Faisal Farhan Al Saud.

Kenyataan rasmi oleh Kerajaan Arab Saudi juga telah dikeluarkan pada 6.10 petang tadi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda