Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PPV Medamit Sasar 250 Penerima Vaksin Harian

By 21 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Linda Padan (Sarawak)

LIMBANG, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Medamit menyasarkan seramai 250 orang penerima setiap hari sejak mula beroperasi pada 15 Jun 2021.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan Mohd Aizuddin Limin, 30, seramai 36 orang petugas ditempatkan di PPV itu terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), serta anggota pejabat daerah.

Suasana di PPV Dewan Medamit Limbang.

Suasana di PPV Dewan Medamit Limbang.

“Setakat ini, terdapat tiga PPV beroperasi di Daerah Limbang melibatkan PPV Dewan Suarah yang beroperasi sejak Mac lalu manakala PPV Medamit telah beroperasi dan dibuka serentak dengan PPV Dewan Batu Batu Danau bermula Jun bagi mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai imuniti kelompok.

“Sesi pemberian vaksin berjalan dengan lancar dan sambutan orang awam amat memberangsangkan terutama penduduk di sekitar kawasan Medamit, Ulu Lubai, Kuala Mendalam dan kawasan setempat yang telah mendapat tarikh janji temu mereka.

Aizuddin dan petugas kesihatan bersedia menerima kehadiran komuniti di kawasan Medamit, Limbang.

Aizuddin dan petugas kesihatan bersedia menerima kehadiran komuniti di kawasan Medamit, Limbang.

“Waktu operasi PPV Medamit bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang ataupun sehingga selesai.” katanya yang ditemui di PPV tersebut, di sini pagi tadi.

Menurut Liong Malong, 40, dirinya berasa sangat gembira dan teruja kerana telah diberi suntikan vaksin pada hari ini.

“Saya juga menyeru supaya orang ramai turut sama mendaftar sebagai penerima vaksin,” katanya yang berasal dari Kampung Lubok Aur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda