Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

12,366 Kes Baharu, Kembali Meningkat

By 21 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat dengan 12,366 kes dilaporkan semalam kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 939,899.

Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 5,524 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) Sabah (657) dan Pulau Pinang (460).

Sarawak merekodkan 351 kes, Melaka (309), Perak (295), Pahang (288),Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) manakala Perlis hanya dua kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda