Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Inisiatif Sempadan Hijau dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini

By 9 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan) 

KUANTAN, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera bagi merealisasikan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri Pahang dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai inisiatif ini.

“Titah baginda amat bertepatan dan sangat wajar dalam usaha memastikan alam sekitar di negeri ini termasuk kawasan-kawasan yang bersempadan dengan negeri-negeri jiran terus terpelihara.

“Kerajaan negeri akan bertindak segera bagi merealisasikannya termasuk membuat segala urusan yang diperlukan ke arah mewartakan sebahagian besar kawasan sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK),” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Tambahnya, kawasan ini akan dibangunkan secara lestari selaras dengan konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

“Bagi kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini, kerajaan negeri akan menyegerakan kerja-kerja pemuliharaannya dengan penanaman pokok-pokok bersesuaian, sepertimana dititahkan.

“Kerajaan negeri sekarang dalam proses untuk menubuhkan Majlis Biodiversiti Negeri Pahang yang akan berfungsi untuk memastikan biodiversiti kepelbagaian hidupan biologi di negeri ini sentiasa terpelihara,” katanya.

-AH-

Tinggalkan komen anda