Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Melandaikan Pandemik COVID-19 Perlu Kerjasama Semua Pihak – YTM Undang Johol

By 3 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Datuk Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, berbesar hati menyumbang 10 buah komputer riba bagi melancarkan lagi proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Pilah.

Menurut Muhammed, sumbangan ini tidak lain menunjukkan kebersamaan para pemimpin dalam membantu setiap pihak terutamanya dalam memastikan proses pemberian vaksin dapat berjalan dengan lancar.

“Dalam memastikan setiap usaha pihak kerajaan terutamanya melalui agensi kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19 ini berjalan dengan lancar, pihak Balai Rasmi Undang Luak Johol tampil memberi sokongan padu terhadap usaha ini.

‘Bantuan turut meliputi mereka yang terkesan akibat pandemik ini dan sememangnya pandemik COVID-19 ini menuntut setiap lapisan masyarakat berganding bahu tanpa mengira batasan politik, agama dan kaum,” ujarnya ketika ditemui di PPV tersebut, di sini semalam.

YTM Undang Johol menyantuni penerima vaksin.

Muhammed menyantuni penerima vaksin.

Tambah beliau, pemberian vaksin secara terus kepada warga Orang Asli menunjukkan bahawa kerajaan tidak meminggirkan golongan yang berada di pedalaman termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), kumpulan rentan yang turut meliputi mereka yang tidak dapat bergerak untuk menerima vaksin.

“Saya ingin merakam penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dan agensi berkaitan atas usaha gigih mengawal penularan pandemik di sini.

“Saya berharap komputer riba ini akan memastikan program imunisasi dapat berjalan lancar dan efisien,” katanya.

YTM Undang Johol menyampaikan komputer riba kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Muhammed (dua dari kanan) menyampaikan komputer riba kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Beliau juga menggesa penduduk untuk lebih berjaga-jaga dan mematuhi arahan serta garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi  melawan pandemik ini serta tidak mudah mempercayai khabar angin dan terus menyebarkannya tanpa menyemak kebenarannya.

-FF

Tinggalkan komen anda