Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Semua Penghuni Pangsapuri Sri Ayu Selesai Jalani Ujian Saringan COVID-19

By 3 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

BANGI, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 2334 orang penghuni Pangsapuri Sri Ayu selesai menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.

Terdapat 2,229 bukan warganegara dan 105 warganegara merupakan pekerja wanita.

Pegawai Daerah, Najmuddin Jemain bersama ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat dalam sidang media semalam.

Najmuddin (duduk) bersama-sama ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat dalam sidang media semalam.

Menurut Pegawai Daerah Hulu Langat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Najmuddin Jemain, berkata ujian saringan itu bagi memastikan kesemua individu yang positif COVID-19 dapat dikenal pasti dan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRCs) swasta untuk rawatan dan semua kos akan ditanggung majikan.

“Penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan PKPD dan mereka tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Pihak majikan bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan makanan secukupnya dan keperluan asas lain penjagaan wanita.

“Selain itu, sebuah kedai runcit sedia ada bagi pembekalan barangan beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 2.00 petang setiap hari sepanjang tempoh PKPD,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini.

Petugas PKD Hulu Langat membuat semakan data dalam sistem Selangkah.

Petugas PKD Hulu Langat membuat semakan data dalam sistem Selangkah.

PKPD Pangsapuri Sri Ayu berkuatkuasa mulai 30 Jun 2021 sehingga 13 Julai 2021 selepas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD terdapat 205 kes positif COVID-19 direkodkan bulan lalu.

Sementara itu, mengenai PKPD Bersasar Hulu Langat beliau berkata akan bermesyuarat dengan Menteri Besar Selangor mengenai pelaksanaanya.

-RI

Tinggalkan komen anda