Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MPHTJ, McDonald’s Santuni Petugas Barisan Hadapan

By 18 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman (Melaka Tengah)/FB Datuk Shadan Othman

AYER KEROH, 18 Jul (MalaysiaAktif) – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan sebuah syarikat makan segera, McDonald’s Malaysia menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di dua lokasi iaitu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam dan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan menyerahkan makanan sumbangan syarikat makanan segera tersebut kepada mereka.

Shadan Othman menyampaikan pek makanan McDonald's kepada petugas.

Shadan Othman menyampaikan pek makanan McDonald’s kepada petugas.

Yang DiPertua MPHTJ Shadan Othman, berkata, objektif program ini adalah untuk menghargai petugas barisan hadapan.

“Saya menghargai semua petugas-petugas barisan hadapan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas di PPV, SJR dan PKRC.

“Saya terharu melihat situasi semasa di PPV dan PKRC di mana petugas sangat sibuk dan waktu rehat sangat terhad, mereka hanya diberikan ruang untuk makan dan solat sahaja,” ujarnya ketika memberi sumbangan di PKRC MITC, di sini semalam.

Hadir sama dalam program ini, Ketua WHIP MPHTJ Clr Rosli Md Nor, Pegawai Khas Shahnor Samsudin dan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Ekonomi MPHTJ Naim Ibrahim.

-FF

Tinggalkan komen anda