Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MPJ Sertai Kempen Premis Makanan Bersih

By 18 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)/FB MPJ

MERLIMAU, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan kebersihan restoran dan gerai makanan berada dalam tahap baik, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menyertai Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2021 anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT.

Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan MPJ Jauiriah Sulaiman, berkata dalam kawasan pentadbiran MPJ, Medan Selera Merlimau Point telah terpilih sebagai calon untuk menyertai kempen ini dan MPJ telah mengambil langkah proaktif menyahut cabaran kempen tersebut dengan menganjurkan aktiviti gotong royong pada bulan Mac lalu dan membuat penilaian setiap premis yang ada di Medan Selera Merlimau Point.

Pemeriksaan Premis di Medan Selera Merlimau Point.

Pemeriksaan Premis di Medan Selera Merlimau Point.

“Tujuan kempen ini bagi meningkatkan tahap kebersihan premis makanan medan selera terpilih kepada gred B ke atas.

“Di samping itu, MPJ turut mengedarkan risalah amalan pengendali makanan dan perangkap LILATI (lipas, lalat dan tikus) kepada pemilik premis di Medan Selera Merlimau Point.

“Dengan adanya kempen kebersihan ini sudah tentu dapat meningkatkan tahap kebersihan diri juga kawasan sekitar, ia juga dapat memberikan keyakinan tinggi kepada pembeli untuk terus mengunjungi premis makanan jika keadaan sekitar yang bersih dan kemas,” ujar Jauiriah ketika ditemui di Medan Selera Merlimau Point, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, MPJ menyeru pemilik-pemilik premis makanan yang lain agar sama-sama menjaga kebersihan premis dan pengendali-pengendali makanan yang terlibat di samping pematuhan SOP.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda