Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Bergerak PPV COVID-19 untuk Warga Nilai Impian

By 18 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman/Fauziah Abdullah (Seremban)

NILAI, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program Jangkauan Komuniti Vaksinasi COVID-19 atau dikenali sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobile dengan memberi tumpuan kepada penduduk Nilai.

Menurut Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban Dr. Zainal Fitri Zakaria, program bantuan pemberian vaksin ini julung kali diadakan di kawasan ini dan sasaran penerima terdiri penduduk Nilai 3 dan Nilai Impian.

“Program ini diadakan di Dewan Melor Nilai 3 dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penduduk Nilai Impian (GPPNI) yang terdiri dari gabungan 19 buah persatuan taman perumahan di Nilai Impian.

“Sememangnya bagi kawasan Nilai selain pemberian vaksin di PPV Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), program ini juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan jumlah pemberian vaksin kepada penduduk setempat.

Sukarelawan sedang membantu penerima yang baru tiba.

Sukarelawan sedang membantu penerima yang baru tiba.

“Kami menyasarkan seramai 1500 orang penerima akan mendapat suntikan vaksin hari ini dan kami di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sentiasa mengharapkan lebih ramai orang mendapatkan vaksin bagi membina imuniti kelompok,” katanya ketika ditemui di PPV Dewan Melor Nilai 3, di sini semalam.

Sementara itu Setiausaha Gabungan Persatuan Penduduk Nilai Impian (GPPNI) Mohd Hanapi Bisri, menyatakan program ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat.

“Walaupun hanya 1500 orang penerima yang diperuntukan pada hari ini, namun kehadiran orang ramai melebihi jumlah itu termasuk mereka yang datang terus dan kami mohon maaf kepada mereka yang tidak termasuk dalam senarai penerima ini.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pengerusi persatuan penduduk, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjaya,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda