
Laporan/foto: U.Prakash (Daerah Barat Daya)
BAYAN LEPAS, 5 Ogos (Malaysiaaktif)– Pertubuhan Kuil Sri Madurai Veeran Swamy dengan kerjasama Organisasi Belia Bayan Lepas mengumpulkan dana daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) sendiri untuk menyumbang kepada 50 penduduk yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 di sekitar kawasan sini. bertempat di Khemah Food BankĀ di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini semalam.
Pengerusi Organisasi Belia Bayan Lepas Sahsivarmen Sakajaven, berkata pihaknya bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kuil Sri Madurai Veeran Swamy untuk melakukan pengedaran bantuan.
āKira-kira 50 orang setiap kali bantuan barangan telah diedarkan kepada keluarga dalam kesusahan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
āAntara bantuan barangan adalah barang keperluan asas yang berupa beras, tepung, minyak masak dan sebagainya diedarkan di Jalan Kolam Ikan sebagai menyokong mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengambil kira perbezaan bangsa dan agama,ā katanya ketika mengagihkan sumbanganĀ di khemah bank makananĀ di Jalan Kolam Ikan, di sini semalam.
Menurut Sahsivarmen, kempen ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 11.30 pagi hingga 1.00 petang.
“Keadaan ekonomi negara sekarang agak terjejas disebabkan penularan pandemik COVID-19, golongan berpendapatan rendah terasa terkesan dan terjejas dan kehilangan sumber pendapatan akibat wabak ini,” katanya.
-ii-