
Laporan/foto: Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)
TELUK BAHANG, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 800 penduduk tempatan dan bukan warganegara telah divaksinasikan sempena program vaksinasi COVID-19 di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di sini sepanjang dua hari program berlangsung.
Penghulu kawasan Teluk Bahang Safirul Iman Pisal, memaklumkan sebanyak empat ruangan menerima suntikan disediakan di dewan ini mengelakkan kesesakan.
“Program ini merupakan inisiatif bersama antara Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya (PKD), Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya (PDT), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta agensi kerajaan yang lain.

Proses pendaftaran berjalan lancar untuk penerima vaksin yang dikendalikan oleh petugas dari Jabatan Perpaduan.
“Program Bantuan Vaksinasi selama dua hari ini menyasarkan 800 orang penerima vaksin dengan anggaran purata seramai 400 orang setiap hari untuk mendapatkan suntikan pada kedua-dua hari tersebut,” katanya semasa ditemui di dewan tersebut, di sini semalam.
Menurut salah seorang penerima vaksin Rozita Rahim, berkata program ini mampu menyelesaikan masalah penduduk yang sukar untuk keluar ke Pusat Pengambilan vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Balik Pulau.
“PPV di Kompleks Sukan Balik Pulau agak jauh berikutan kedudukan geografi kawasan Teluk Bahang itu sendiri.
“Selain itu, kawasan Teluk Bahang terpisah dengan bukit bukau untuk sampai ke PPV Balik Pulau,” katanya.
-ii-