Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Agensi Kerajaan Semarakkan Kibaran Jalur Gemilang di Teluk Bahang

By 20 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)

TELUK BAHANG, 20 Sep (Malaysiaaktif)– Program Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Pejabat Penerangan (JaPen) Daerah Barat Daya dengan kerjasama Pejabat Daerah Barat Daya dan Jabatan Perpaduan bertujuan bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia peringkat daerah di sini, semalam.

Pegawai JaPen Daerah Barat Daya Azimee Abdullah, berkata program ini diadakan adalah menzahirkan rasa cinta demi negara yang bertemakan “Malaysia Prihatin” melalui program Info On Wheels (IOW) sempena Sambutan Hari Malaysia.

“Pejabat Daerah Barat Daya dan Jabatan Perpaduan turut mengedar Jalur Gemilang dan cendera hati kepada orang ramai di sekitar Teluk Bahang.

Sumbangan berupa bakul makanan disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan berupa bakul makanan disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

“Pematuhan SOP tetap diutamakan di samping menggelorakan dan menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan ini meskipun negara berhadapan cabaran pendemik COVID-19,” katanya selepas mengedarkan Jalur Gemilang di Empangan Teluk Bahang, di sini.

Menurut Azimee, kempen sebegini dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan dan rasa cinta kita kepada negara yang tidak akan kunjung padam sampai bila-bila.

“Perasaan cintakan negara menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara ini,” katanya.

Manakala Pegawai Jabatan Perpaduan Aslina Abdullah, berkata Hari Malaysia yang disambut diharap menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan.

“Marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa masyarakat yang menjadi tonggak perpaduan dan amalan hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Selain itu, Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada golongan yang memerlukan, menawarkan hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak secara dalam talian serta memasang lagu-lagu patriotik di sekitar Teluk Bahang dalam program tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda