Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KOSPEN KRT Renggam Bantu Lancarkan PICK Remaja

By 29 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Sukarelawan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Renggam bantu melancarkan pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos (SMKDHHY).

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) SMKDHHY A. Sani Palal, yang juga merupakan Pengerusi KRT Renggam, pada awalnya penerimaan pendaftaran vaksin di kawasan Renggam kurang mendapat sambutan.

“Namun dengan peningkatan kadar penyembuhan para pesakit COVID-19 yang telah lengkap divaksin tanpa mengalami gejala yang serius telah membuka mata mereka untuk menerima vaksin.

“Kita dapat lihat kesan penerimaan vaksin yang baik terutamanya golongan remaja yang umur di antara 12 hingga 17 tahun yang mana setakat ini pihak sekolah tidak menerima sebarang masalah berhubung dengan kebenaran dari pihak ibu bapa serta penjaga para pelajar,” katanya ketika ditemui di PPV SMK Dato’ Haji Hassan Yunos, di sini hari ini.

Salah seorang Sukarelawan KOSPEN Sulia Taibon, 50, yang bertugas di PPV SMKDHHY pada hari ini berkata, beliau sememangnya meminati kerja-kerja amal seperti ini.

Pengetua SMKDHHY dan YDP PIBG melihat pada petugas kesihatan menjalankan proses pemberian vaksin.

Zainuriah (kiri) dan A. Sani (dua dari kiri) melihat para petugas kesihatan menjalankan proses pemberian vaksin.

“Dahulu anak-anak saya pernah bersekolah di sini, saya juga berasal dari kawasan ini, sudah menjadi kebiasaan bagi saya melakukan kerja-kerja sukarela seperti ini bagi membantu anak-anak di kawasan kejiranan sendiri,” ujarnya.

Pengetua SMKDHHY Zainuriah Aman, berkata beliau menyambut baik pemilihan sekolah ini sebagai PPV oleh pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Kluang.

“Pihak sekolah akan cuba membantu melancarkan proses pemberian vaksin ini mengikut kemampuan kami.

“Lebih kurang 100 orang guru dari dua buah sekolah bersama-sama 38 orang petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertugas di PPV ini yang mana seramai 1,100 orang pelajar akan akan menerima suntikan vaksin,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa CITF Daerah Kluang telah menyenaraikan enam buah sekolah bagi dijadikan PPV Remaja bermula pada 20 September yang lalu dengan SMK Dato’ Haji Hassan Yunos sebagai PPV kelima manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh merupakan PPV terakhir.

-NI-

Tinggalkan komen anda