Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sambutan Hari Kebangsaan Libatkan Penerima Vaksin di PPV

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/Zaidi Muslimin (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 1 Sep (Malaysiaaktif)– Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang (JaPen) melalui Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti di empat lokasi dalam menyemarakkan dan menggelorakan Hari Kebangsaan 2021 semalam.

Pengarah JaPen Negeri Pulau Pinang Dr.Haniff Hassan, berkata program yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan menggalakkan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan memasang bendera di premis masing-masing.

Anggota Konvoi bergambar kenangan bersama di destinasi terakhir dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Rahman Bukit Teh.

Anggota Konvoi bergambar kenangan bersama di destinasi terakhir dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Rahman Bukit Teh.

“Dalam persinggahan di semua lokasi ini diberikan bendera, kit pencegahan COVID-19 dan kotak makanan kepada penerima terpilih.

“Ia juga berlangsung di beberapa daerah lain pada hari ini dan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan jati diri rakyat Malaysia,” kata beliau semasa penyampaian kit Merdeka kepada para penerima vaksin di PPV Hotel Vangoh Eminent, di sini.

Menurut Haniff, empat lokasi dikunjungi adalah KRT Taman Pearl, PPR Desa Wawasan, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Vangoh Eminent dan destinasi terakhir adalah Masjid Ar Rahman Bukit Teh.

Konvoi Jabatan mengunjungi empat ‘checkpoint’ di KRT Taman Pearl, PPR Desa Wawasan, PPV Hotel Vangoh Eminent dan Masjid Ar Rahman Bukit Teh.

Konvoi Jabatan mengunjungi empat ‘checkpoint’ di KRT Taman Pearl, PPR Desa Wawasan, PPV Hotel Vangoh Eminent dan Masjid Ar Rahman Bukit Teh.

“Penglibatan kunjungan pada hari ini adalah diselaraskan oleh Pegawai dari JaPen SPT Halimah Abdul Ghani memandangkan sudah lama aktiviti tidak dapat dilaksanakan ekoran pendemik COVID-19,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda