Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pegawai Daerah Santuni Masyarakat Di Perkampungan Nelayan

By 29 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz/Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah Marang telah menjayakan program ‘Masuk Kampung’ yang telah diadakan di Kampung Tok Fakir, Merchang di sini, baru-baru ini.

Pegawai Daerah Marang, Lizan Che Mat mengetuai rombongan bersama Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim dan beberapa orang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kampung yang berhampiran telah menyantuni penduduk ketika bersarapan pagi di sebuah kedai kopi.

Pegawai Daerah Marang mengagihkan bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada Pengerusi-Pengerusi JPKK.

Pegawai Daerah Marang mengagihkan bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada Pengerusi-Pengerusi JPKK.

“Jadual saya setiap hari Rabu akan ke kampung-kampung dan bersarapan bersama penduduk di kampung yang terpilih mengikut giliran di setiap mukim dan pagi ini di Kampung Tok Fakir”, kata Lizan ketika bersarapan.

Menurut beliau, kawasan ini merupakan perkampungan nelayan dan beliau turut mengambil kesempatan untuk meninjau dan bertanyakan keadaan penduduk kampung memandangkan cuaca dalam keadaan yang tidak menentu dan menghampiri musim tengkujuh.

Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim mengedarkan bahan penerbitan jabatan kepada orang ramai.

Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim mengedarkan bahan penerbitan jabatan kepada orang ramai.

Selain itu, suasana muhibah program tersebut turut diceriakan dengan kehadiran pihak Pejabat Penerangan Daerah Marang untuk membuat hebahan “Info On Wheels” berkenaan Kempen Keluarga Malaysia dan Pembudayaan Norma Baharu berikutan Negeri Terengganu telah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Marang, Adawiyah Othman, program yang diadakan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat, malah program seumpama itu penting dalam menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan dan penyebaran maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan di mana pihaknya akan luaskan ke kawasan kampung atau komuniti yang lain pula.

Bergambar bersama Team IOW Pejabat Penerangan Marang.

Bergambar bersama Team IOW Pejabat Penerangan Marang.

Jelasnya lagi, beliau menyambut baik usaha murni inisiatif dari Pegawai Daerah Marang untuk meningkatkan lagi penerapan nilai menjaga keharmonian dan kesejahteraan di samping perpaduan sesama penduduk.

-II-

Tinggalkan komen anda