Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Lokasi Orang Kampung Jadi Tumpuan Orang Luar

By 29 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 29 Okt (Malaysiaaktif)– Asalnya merupakan kawasan orang kampung berkumpul ketika tidak turun ke laut kini berjaya menjadi tempat tumpuan orang ramai sehingga menjadi salah satu produk pelancongan Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman, berkata usaha penduduk kampung Pulau Serai patut dijadikan contoh kepada kampung lain.

“Ianya adalah usaha yang bagus untuk memajukan serta menonjolkan kawasan yang menarik di kampung ini sebagai daya tarikan kepada orang ramai,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman menandatangani plak dalam teksi sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman menandatangani plak dalam teksi sungai.

Ariffin berkata demikian ketika merasmikan Program Pengindahan Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti Daerah Dungun Tahun 2021 Bagi Kluster Pesisir Sungai Dungun di Kampung Pulau Serai, baru-baru ini.

“Pihak kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan akan melihat peruntukan yang sesuai untuk merealisasikan serta menjadikan destinasi perkampungan di Kampung Pulau Serai ini popular dikalangan pengunjung dalam dan luar Negeri Terengganu” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun bersama wakil Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisyam Mat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun bersama wakil Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisyam Mat.

Dalam program tersebut telah diadakan gotong royong yang di sertai seramai 100 orang penduduk kampung dan agensi kerajaan.

Inisiatif penduduk kampung membina jeti kayu serta memasang lampu menjadi salah satu tarikan pada waktu malam dan gerai makanan yang ada di kawasan tersebut antara kawasan tumpuan pada hujung minggu dan hari cuti.

Antara tarikan lain adalah menyelusuri Sungai Dungun menggunakan teksi sungai milik seorang penduduk kampung yang diusahakan bermula tahun lepas.

Teksi sungai menjadi antara tarikan di Kampung Pulau Serai, Dungun.

Teksi sungai menjadi antara tarikan di Kampung Pulau Serai, Dungun.

Teksi sungai menjadi tarikan dikalangan ibu bapa yang datang berkunjung di kampung ini semata-mata untuk membawa anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman menaiki teksi sungai.

Teksi sungai akan menyusuri sungai Dungun atau ke muara Sungai Dungun sepanjang laluan 2 Kilometer bergantung kepada pasang surut air dan pengunjung berpeluang bergambar berlatar belakangkan Jambatan Kuala Dungun yang menghubungkan Kuala Dungun ke Seberang Pintasan.

Kakitangan awam, Ahmad Khairullizan Alias,37, berkata kesepakatan di kalangan penduduk perlu bagi menjadikan kawasan ini yang mungkin sebelum ini tersembunyi namun mempunyai tarikan yang tersendiri.

Khairul Lizan Alias, 37, berkata Kesepakatan penduduk menjadikan kawasan yang ada kini menjadi tarikan orang luar.

Khairul Lizan Alias, 37, berkata Kesepakatan penduduk menjadikan kawasan yang ada kini menjadi tarikan orang luar.

“Teksi sungai merupakan antara tarikan yang lain dari yang lain, biasanya jika hendak merasai pengalaman menaiki bot kita ke Seberang Takir,” ujar Robby Abd. Ghani, 33, pula.

Robby Abd. Ghani,33, berkata teksi sungai menjadi tarikan utama.

Robby Abd. Ghani,33, berkata teksi sungai menjadi tarikan utama.

Antara pengunjung yang ditemui, Nurul Nadia Darindi, 37, mengingatkan agar aspek kebersihan perlu diambil berat kerana kawasan ini adalah pinggir sungai dan pengunjung yang datang perlu mempunyai kesedaran dalam menjaga kebersihan.

Nurul Nadia Darindi, 37, mengingatkan agar aspek kebersihan diambil berat oleh pengunjung.

Nurul Nadia Darindi, 37, mengingatkan agar aspek kebersihan diambil berat oleh pengunjung.

“Penduduk kampung perlu mengambil peluang dalam menaikkan ekonomi seperti mempromosikan tempat ini melalui media sosial,” katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dan wakil Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisyam Mat.

-II-

Tinggalkan komen anda