Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Program Sepakat@Komuniti Santuni Golongan Asnaf Secara Holistik

By 20 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Azimee Abdullah/Muhd Zaini Dollah (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya (BD) melalui dua agensi telah menganjurkan Program Sepakat@Komuniti bagi menyantuni 30 golongan asnaf di tiga lokaliti terpilih dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Betong, di sini petang semalam.

Bantuan menerusi Program itu mendapat kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya dan Pejabat Perpaduan Dan Integrasi Nasional Daerah Barat Daya.

Penolong Pegawai Penerangan Nurul Ain Kamil memberikan ucapan dalam Program.

Penolong Pegawai Penerangan Nurul Ain Kamil memberikan ucapan dalam Program.

Lokasi yang menerima bantuan secara konvoi meliputi kawasan Taman Seri Indah, seterusnya ke Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang dan keluarga Kamarudin Mohd Noor kemudian berakhir di perkarangan rumah Normala Mohd Desa, Kampung Perlis.

Kamarudin Mohd Noor, 54, yang bekerja sebagai nelayan menyifatkan bantuan ini tiba tepat pada masanya kerana dia sudah lama tidak ke laut bagi menangkap ikan berikutan menjalani kuarantin kendiri, bulan lalu.

“Saya bersama isteri dan dua orang anak berusia 9 dan 12 tahun menjadi kontak rapat kepada kakak ipar yang positif Covid-19.

Golongan asnaf Normala Mohd Desa di Kampung Perlis menerima bantuan.

Golongan asnaf Normala Mohd Desa di Kampung Perlis menerima bantuan.

“Ketika itu, kami menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah, menyebabkan saya tidak ke laut, sekali gus pendapatan pun agak terjejas,” katanya ketika menerima bakul makanan di Kampung Perlis.

Seorang lagi penerima bakul makanan, Normala Mohd Desa, 58, mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada agensi yang terlibat yang memberi bantuan bakul makanan kepada beliau.

Terdahulu, Pejabat Penerangan Daerah BD turut mengagihkan pelitup muka, pensanitasi tangan dan bahan penerbitan jabatan selain menghebahkan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan kempen kerajaan selari dengan konsep keluarga Malaysia untuk mendekati rakyat secara holistik.

-II-

Tinggalkan komen anda