Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

100 Anggota dan Pegawai Bomba Johor Derma Darah

By 11 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/Hospital Pakar KPJ Johor

JOHOR BAHRU, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Walaupun sibuk dengan tugasan harian, ianya tidak menjadi penghalang kepada anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Johor (JBPM) Zon 1 untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara menerusi program derma darah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hospital Pakar KPJ Johor, wakil ketua JBPM ZON 1 Mohd Yunus Ibrahim berkata, seramai 100 orang pegawai dan anggota JBPM Zon 1 telah terlibat dalam program menderma darah pada hari ini bagi membantu Hospital Pakar KPJ Johor dalam mendapatkan bekalan darah.

“Diharap penganjuran program sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan terutamanya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Program derma darah bersama anggota Bomba Johor diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Johor.

Program derma darah bersama anggota Bomba Johor diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Johor.

“Saya lihat pegawai dan anggota saya tidak segan silu untuk turut serta membantu malah mereka lebih bersemangat untuk menderma darah,” kata kenyaatan tersebut, di sini, hari ini.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma dan juga pihak hospital yang menjayakan program berkenaan.

Program tersebut diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Johor.

Turut hadir, Ketua Balai BBP Larkin Mohd Suhaimi Abdul Jamal dan ketua-ketua Balai Zon 1.

-NI-

Tinggalkan komen anda