Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Inisiatif Bangun Warisan Tebingan Sungai sebagai Produk Pelancongan

By 12 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Projek Batu Kawah Riverbank Park bukan sahaja menjadi mercu tanda di Batu Kawah, tetapi merupakan projek pembangunan warisan tebingan sungai yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan yang menarik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Profesor Dr. Sim Kui Hian, berkata projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan turut dijadikan lambang tarikan rekreasi penduduk tempatan.

Pemandangan waktu malam Tokong Guong Lung Gong di tebingan sungai Batu Kawah.

Pemandangan waktu malam Tokong Guong Lung Gong di tebingan sungai Batu Kawah.

“Batu Kawah dikatakan mendapat namanya sempena batu-batu besar yang berbentuk kawah terbalik di dalam sungai berdekatan tokong di pekan berkenaan.

“Tidak ada sesiapa yang menduga bahawa kawasan Batu Kawah yang terletak hanya kira-kira 12 kilometer dari bandar Kuching dan pernah dianggap satu tempat yang sangat jauh, kini telah bertukar menjadi salah satu tempat tarikan terbaharu destinasi pelancongan di Bandar Kuching.

“Landskapnya bertambah menarik dengan pembinaan Fasa 1 dan Fasa 2 Tebingan Batu Kawah dan Riverbank Park di tebing Sungai Sarawak,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Batu Kawah Riverbank Park di Kampung Sinar Budi, di sini baru-baru ini.

Maimunah Morshidi di hadapan rumahnya.

Maimunah Morshidi di hadapan rumahnya.

Dr. Sim memaklumkan, projek yang tersergam indah dengan kos RM8.8 juta sudah siap sepenuhnya pada April 2020 yang lalu.

“Merangkumi dua struktur menyerupai pintu gerbang setinggi lapan tingkat yang dihubungkan bersama oleh skybridge dan dikelilingi taman tebingan sungai, dapat merancakkan sektor pelancongan, jalinan budaya pelbagai kaum dan tempat riadah yang bertaraf antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk kampung tersebut Maimunah Morshidi, 59, amat gembira kerana projek tebingan sungai ini mencantikkan landskap pemandangan luar rumahnya.

“Rumah kami adalah di antara rumah yang terawal bagi penduduk Melayu yang dibina di kawasan ini.

“Pada masa ini, hanya empat buah rumah sahaja penduduk Melayu yang masih dalam penempatan di kawasan yang diduduki oleh majoriti penduduk Cina,” ujarnya.

Mohd Baki (kiri) bersama pelanggan yang mengunjungi gerai jualan di tebingan sungai Batu Kawah.

Mohd Baki (kiri) bersama pelanggan yang mengunjungi gerai jualan di tebingan sungai Batu Kawah.

Seorang lagi penduduk yang ditemui Mohd Baki Anyan, 51, menyifatkan pembangunan Tebingan Sungai Batu Kawah ini membuka peluang kepadanya untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan dengan membuka gerai menjual burger dan apam balik di hadapan rumahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda