Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Berkurang Bawah 6,000

By 14 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu COVID-19 mencatatkan angka melebihi 6,000, semalam ia berkurang sedikit kepada 5,809 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 5,707 kes atau 98.2 peratus adalah kategori satu dan dua (tidak bergejala dan bergejala ringan) manakala 102 lagi atau 1.8 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima (melibatkan radang paru-paru, bantuan oksigen dan bantuan pernafasan).

“Sebanyak 527 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 277 lagi kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 4,712 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan kumulatif kes sembuh kini 2,446,197.

Beliau berkata tiga kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Tiga Danau Kota, di sini; Kluster Industri Dua Jalan Anggerik Mokara 472, Selangor dan Kluster Sawit Endau, Pahang yang semuanya merupakan kluster tempat kerja.

Selain itu, nilai kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (Rt) negara juga meningkat kepada 1.04 berbanding 1.0 kelmarin.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda