Skip to main content
Berita TimurTerengganu

KQT Infaq Funride 2020 Dapat Sambutan Luar Biasa

By 22 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Afnan Hakimi/Unit Media KQT

Marang, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Kolej Al Quran Terengganu (KQT) menganjurkan satu Program KQT Infaq Funride 2020, di sini baru-baru ini.

Program yang julung kali diadakan itu adalah bertujuan memberi peluang kepada masyarakat berinfaq untuk para pelajar dalam bidang hafazan Al-Quran yang belajar di Kolej tersebut.

Selain itu, program ini juga adalah untuk mengadaptasikan budaya sukan berbasikal di dalam kalangan warga KQT bersama masyarakat serta mempromosikan KQT dengan lebih meluas di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat.

Penyerahan Mock Cheque Tabung Bantuan Kewangan Pelajar KQT kepada Wakil Majlis Perwakilan Pelajar sebanyak RM12,700.

Penyerahan Mock Cheque Tabung Bantuan Kewangan Pelajar KQT kepada Wakil Majlis Perwakilan Pelajar sebanyak RM12,700.

Program yang mendapat lebih 400 orang penyertaan terutamanya penggemar sukan berbasikal yang terdiri daripada semua golongan memberi satu impak yang positif kepada tujuan penganjuran program ini.

Flag off KQT Infaq Funride ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Marang, Lizan Che Mat dan Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kolej Al Quran Terengganu, Prof Madya Dr. Mohd Safri Ali.

Cabutan bertuah  disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KQT kepada pemenang yang bertuah.

Cabutan bertuah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KQT kepada pemenang yang bertuah.

“Program ini berjaya mendapatkan sumbangan infaq bernilai RM 12,700 daripada keseluruhan penyertaan di samping menerima pelbagai tajaan hadiah daripada penaja utama, EPIC dan beberapa syarikat lain,” kata Prof Madya Dr Mohd Safri Ali.

“Pihak KQT juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini terutamanya daripada jabatan-jabatan kerajaan yang memberikan sokongan yang penuh kepada pihak KQT dalam usaha merialisasikan program yang julung kali diadakan di sini,” tambah beliau.

Peserta-peserta yang menyertai KQT Infaq Funride.

Peserta-peserta yang menyertai KQT Infaq Funride.

Turut hadir, Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Wahab Osman, ketua-ketua jabatan, Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) KQT, Prof Madya Dr. Mahyudin Hashim dan Ahli Lembaga Pengarah KQT, Mohd Kamaruzaman A. Wahab.

Tinggalkan komen anda