Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pasaran Bon Negara Pesat Membangun Asia Timur Berkembang 3.4 Peratus pada Suku Ketiga 2021

By 26 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Pasaran bon negara sedang pesat membangun Asia Timur berkembang 3.4 peratus pada suku ketiga kepada AS$21.7 trilion (AS$1=RM4.20) walaupun peningkatan inflasi global dan perubahan pendekatan monetari Amerika Syarikat (AS) melemahkan keadaan kewangan serantau.

Menurut Bank Pembangunan Asia (ADB), negara sedang pesat membangun Asia Timur terdiri dari China (tanah besar China dan Hong Kong), Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

ADB dalam laporan ‘Asia Bond Monitor’ keluaran terbaharunya berkata hasil bon meningkat, mata wang turun nilai dan premium risiko meningkat di tengah-tengah peningkatan inflasi global dan pengumuman Rizab Persekutuan AS bahawa ia akan mengehadkan pembelian bon bermula pada November.

Pemangku Ketua Ahli Ekonomi ADB Joseph Zveglich Jr berkata prospek makroekonomi yang menggalakkan dan pendirian dasar akomodatif menyokong keadaan kewangan rantau ini.

“Bagaimanapun, bank-bank pusat di rantau ini mungkin merasakan mereka perlu mengambil pendekatan kurang akomodatif untuk mengawal inflasi dan bergerak seiring dengan perubahan dasar monetari AS,” katanya.

Menurut laporan itu, bon kerajaan kekal segmen dominan meningkat 3.9 peratus daripada suku sebelumnya kepada US$13.6 trilion.

“Pasaran bon negara anggota ASEAN, yang mana kebanyakan daripadanya terkesan akibat daripada penularan varian Delta COVID-19, berkembang 14.4 peratus daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya kepada US$1.9 trilion pada suku ketiga berbanding pertumbuhan 12.6 peratus dan 7.6 peratus masing-masing di China dan Korea.

“Pasaran bon ASEAN menunjukkan kapasiti pasaran kukuh semasa pandemik seperti yang diperlihat menerusi hasil bon rendah di tengah-tengah pengembangan pesat pasaran,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda