Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Penggerak Komuniti Tempatan Pemangkin (PeKT) Hubungan Erat

By 1 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)/ Khairul Anuar Abu Zaini (AADK Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Program Jaguh Kampung yang dianjurkan oleh Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) ini adalah pertama kali dianjurkan selepas penubuhannya tahun lepas.

PeKT telah ditubuhkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah naungan Menterinya, YB Zuraida Kamaruddin.

PeKT ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan masyarakat melalui program-program yang diaksanakan seperti Program Jaguh Kampung ini.

Menurut Pengerusi PeKT, Rafiei Mustapha, PeKT ditubuhkan untuk melibatkan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa ada keciciran di kalangan penduduk, lebih-lebih lagi dengan slogan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

“PeKT telah wujud sejak tahun lepas, tetapi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, makanya aktiviti yang sepatutnya dilaksakan, tertangguh seketika.

“Apabila kelonggaran telah diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), maka Program Jaguh Kampung ini dijalankan sebagai projek pertama dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN,” ujarnya di dalam ucapan semasa Pogram Jaguh Kampung, kelmarin.

Hadirin dan peserta Program Jaguh Kampung.

Hadirin dan peserta program Jaguh Kampung.

Sementara itu,  menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Eddin Syazlee Shith, kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk Kempen Antidadah yag mana programnya sering dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Besarlah harapan saya agar anak-anak yang kita kasih dan sayangi ini, dijaga dengan baik dan sangat berharap agar tiada yang terlibat dengan najis dadah pada masa hadapan,” ujarnya.

YB Datuk Eddin Syazlee Shith sedang menyampaikan ucapan.

YB Datuk Eddin Syazlee Shith sedang menyampaikan ucapan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Program Jaguh Kampung ini ialah Pertandingan Sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa serta ceramah Antidadah oleh Penolong Pegawai Antidadah Daerah Port Dickson, Mohd Najmi Bakhtiar.

-FF

Tinggalkan komen anda