Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Pelajar Persiap Diri Berdepan Teknologi Terkini

By 1 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Shaharudin Suratman / Nooradilah Abdul Samad  (Seremban)

SEREMBAN, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Percetakan 3D (3D Printer) merupakan satu teknologi baru yang sangat menarik dan memiliki keupayaan yang luar biasa.

Teknologi Percetakan 3D merupakan proses pembuatan objek tiga dimensi dengan penggunaan perisian rekabentuk di komputer yang mana rekabentuk tersebut dapat terus dicetak secara fizikal.

Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dr. Faraziah Hasan, dalam teknologi Percetakan 3D setiap komponen harus bekerjasama untuk mencetak sesuatu objek dalam tiga dimensi dan percetakan 3D adalah satu teknologi yang mengubah satu gulungan wayar plastik kepada rekabentuk yang kita mahu dengan kos yang rendah.

“Secara amnya pelajar akan didedahkan kepada penggunaan Percetakan 3D yang mana pengetahuan ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam melakukan pembaharuan dan inovasi seiring dengan kepesatan perubahan teknologi semasa.

Penerangan berkenaan peralatan 3D Printer.

Penerangan berkenaan peralatan 3D Printer.

Di samping itu juga idea dan konsep rekabentuk dapat diterjemahkan secara tiga dimensi dengan proses komunikasi yang mudah, memendekkan kitaran penghasilan dan dapat mengurangkan kos,” katanya ketika ucapan penutup Bengkel 3D Printer DIY Assembly di Politeknik Nilai, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pendedahan pengetahuan berkenaan Percetakan 3D ini adalah untuk memenuhi keperluan silibus program yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai.

“Percetakan 3D ini dapat membina imaginasi dan kreativiti pelajar dalam merekabentuk sesuatu dan melatih keupayaan para pelajar,” katanya lagi.

-FF

Tinggalkan komen anda