Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Gotong – Royong Jiwa Murni Kemasyarakatan Dalam Daerah Tampin

By 1 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nur Syafiq Zaman (Tampin)

TAMPIN, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Program Gotong-royong telah dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa Seri Gemas dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Tampin serta NGO dan Unit 21RAD Kem Syed Sirajuddin Gemas.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi menghidupkan kembali semangat kemasyarakatan dalam komuniti setempat serta mengimarahkan lagi bangunan Pusat Komuniti Desa Seri Gemas serta dapat digunakan pada masa akan datang Program bersama Pejabat Penerangan Daerah Tampin.

Program Gotong-Royong ini telah dihadiri bersama Unit 21RAD Kem Sirajuddin Gemas seramai 30 anggota tentera turut membantu melaksanakan Gotong-Royong dengan memotong rumput, menebang pokok serta membersihkan kawasan sekitar.

Disamping itu, edaran bahan-bahan terbitan juga diedarkan kepada penduduk sekitar bagi menyampaikan maklumat secara terus kepada mereka.

Menurut Puan Ezzah Binti Masiran, Pengurus Pusat Komuniti Desa berkata terima kasih pengajuran program Gotong-royong di Pusat Komuniti Selian beliau.

“Saya berharap agar ukhwah serta hubungan silaturahim antara NGO dan Pejabat Penerangan Daerah Tampin makin bertambah erat bersama dengan Pusat Komuniti Desa Seri Gemas,” ujarnya ketika ditemui selepas Program Gotong-royong, baru-baru ini.

Pasukan Unit 21RAD Kem Sirajuddin Gemas sedang bersihkan di belakang halaman bangunan pusat komuniti desa.

Pasukan Unit 21RAD Kem Sirajuddin Gemas sedang bersihkan di belakang halaman bangunan Pusat Komuniti Desa.

Menurut Dato’ Abd Razak Bin Ab Said beliau berasa gembira dapat bersama dengan NGO-NGO terlibat dalam Program Gotong-royong yang dianjurkan.

“Pengajuran program ini dapat dilihat mengimarahkan lagi bangunan ini dengan pusat komuniti desa dengan mengadakan kemudahan Tuisyen Bahasa Inggeris dan kemudahan mengambil lesen kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau juga berharap bangunan Pusat Komuniti Desa Seri Gemas dapat digunakan sepenuhnya bagi masyarakat setempat kerana beliau berasa sedih jika bangunan ini tidak diselia serta diguna pakai oleh masyarakat setempat.

Turut hadir, YB Dato’ Abd Razak Bin Ab Said Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas, Tuan Mejar Hafiz, Penolong Pegawai Memerintah Rejimen Ke 21 Artileri Kem Syed Sirajuddin Gemas, Mohd Fauzi Bin Mohd Yusoff, Wakil Pejabat Penerangan Daerah Tampin.

-FF

Tinggalkan komen anda