Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Mohon Singapura Ringankan Hukuman Seorang Rakyat Malaysia

By 7 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatannya di Singapura Lee Hsien Loong, bagi meringankan hukuman kes melibatkan seorang rakyat Malaysia yang dijadualkan menjalani hukuman gantung kerana mengedar dadah.

Bernama hari ini difahamkan bahawa Ismail Sabri telah meminta kerajaan Singapura untuk kemungkinan menangguhkan hukuman tersebut dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura bagi kes melibatkan D. Nagaenthran.

Nagaenthran, 33, yang didakwa peguamnya sebagai seorang kurang upaya pembelajaran, telah ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan 42.72 gram dadah jenis diamporphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2020.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden Singapura dan ditolak pada 1 Jun 2020.

Hukuman mati itu dijadualkan dilaksanakan pada 10 November.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda