Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Denim Gala Night Rai Rakan Strategik PPD Seremban

By 7 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Siti Hajar Kamis / Muhamad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)

SEREMBAN, 7 Nov 2021 (Malaysiaaktif)– Bertemakan ‘Denim Gala Night’, Majlis Apresiasi Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Seremban telah dianjurkan bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi termasuk agensi awam, swasta, badan bukan kerajaan, komuniti dan orang perseorangan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program Daerah Seremban sepanjang tahun 2021.

Bertempat di Dewan Arena CMC Sikamat, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Haji Shahnon Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Mas Midyawan Yahya, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Haji Hamdan bin Haji Ali selain Pegawai-pegawai Penerangan Daerah serta kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.

Fauziah Abdullah, Pegawai Penerangan Daerah Seremban,  berkata majlis ini dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program-program bersama-sama Pejabat Penerangan Daerah Seremban sepanjang tahun 2021.

Ucapan Aluan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

Ucapan Aluan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

“Pejabat kami terlalu banyak terhutang budi kepada pelbagai pihak yang telah banyak membantu usaha menyebarkan maklumat dan agenda kerajaan kepada masyarakat setempat selain kerjasama erat yang terjalin terutamanya apabila negara dilanda pandemik COVID-19,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi, di sini baru-baru ini.

“Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Pejabat Penerangan Daerah seremban yang telah menjayakan Majlis Apresiasi pada malam ini walaupun persiapan dilakukan di saat-saat akhir namun berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Selain acara cabutan bertuah, permainan kerusi beracun dan persembahan nyanyian, turut diadakan ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua rakan strategik Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

-FF

Tinggalkan komen anda