Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat kepada 4,262 Kes

By 17 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara merekodkan peningkatan dengan 4,262 kes dilaporkan semalam berbanding 3,900 kes kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,707,402.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 4,262 kes itu, 4,226 adalah kes jangkitan tempatan manakala 36 lagi kes import.

“Daripada keseluruhan kes baharu itu, 78 kes atau 1.8 peratus adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 4,184 kes atau 98.2 peratus melibatkan Kategori Satu dan Dua,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kategori Satu dan Dua merujuk kepada pesakit COVID-19 tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala Kategori Tiga, Empat dan Lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 4,985 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,620,147, manakala 383 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 198 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata enam kluster baharu dikesan semalam dan jumlah kluster masih aktif adalah 248, selain nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat kelmarin adalah 0.92.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata perincian nilai RT setakat 16 Disember mengikut negeri menyaksikan Negeri Sembilan mencatatkan nilai tertinggi sebanyak 1.02, diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 1.00.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda