
Laporan/foto : Khairul Othman/Abd Halim (Jelebu)
JELEBU, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang rosak akibat banjir di Jelebu akan dipercepatkan, menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahazir Khalid.
Beliau menyatakan ketika mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas teruk dilanda banjir di Jelebu kelmarin.
Jelasnya lagi fokus utama adalah untuk melihat sendiri infrastruktur yang mengalami kerosakan teruk seperti jambatan dan jalan raya yang menghubungkan antara kampung kampung disini.
“Kerosakan kecil kita boleh buat kerja baik pulih dengan segera,namum kerosakan yang besar seperti jambatan runtuh perlu tunggu hingga kos baik pulih diperolehi dari Jabatan Kerja Raya (JKR)”, katanya pada dalam sidang media di sini semalam.
Mahazir Khalid juga turut membantu menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Keluarga Malaysia daerah Jelebu fasa dua di sini bersama Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu.Seramai 373 orang telah menerima Bantuan Wang Ihsan Keluarga Malaysia disini.
Turut hadir Meor Ismail, Timbalan Ketua Pengarah NADMA dan Abdul Rahim Aziz, Pegawai Daerah Jelebu.
-FF