Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Jelebu Daerah Pertama Salur Bantuan Wang Ihsan Pasca Banjir

By 29 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk setiap ketua isi rumah yang terkesan akibat banjir telah disalurkan kepada 100 penerima di tiga kawasan kampung yang terjejas iaitu Kampung Amar Penghulu, Kampung Ulu Klawang dan Kampung Chenor Jelin.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, di Dewan Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu, Jelebu.

Menurut Jalaluddin Alias, “Jelebu merupakan daerah pertama yang menyalurkan Bantuan Wang Ihsan dari kerajaan kepada isi rumah yang terjejas banjir. Ini adalah bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung dan untuk memudahkan urusan membina kembali kehidupan mereka”.

Ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Jalaluddin.

Ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Jalaluddin.

Majlis ringkas itu juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Hamzah Ishak, Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin dan wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Mohd Fadzly.

Zainah Sabtu,52, ketika ditemubual berkata beliau rasa bersyukur dan berterima kasih atas bantuan dan sumbangan dari pihak kerajaan ini.

Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir.

Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir.

Selain daripada Bantuan Wang Ihsan, Jalaluddin Alias turut menyumbangkan dapur gas untuk memasak serta tilam dan bantal.

-FF

Tinggalkan komen anda