Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Inisiatif Takaful Khairat Kematian Negeri Sembilan 2021

By 29 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Jamilah Binti Sulaiman Nasution (Seremban)/ Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Kehilangan Ketua Isi Rumah (KIR) sebagai tempat bergantung adalah sesuatu yang amat perit dan menyedihkan. Melalui Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan Negeri Sembilan buat julung kalinya telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi caruman khairat kematian kepada anggaran seramai 34,562 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang merupakan penerima e-kasih.

Pelan Takaful Khairat Kematian ini terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira agama dan kaum. Caruman akan dibuat secara berfasa dan turut memberi perlindungan tambahan kepada isteri dan 2 orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

Caruman ini akan membolehkan waris menerima bantuan kecemasan berjumlah RM2,000 selepas kematian individu yang dinamakan, manakala kematian akibat kemalangan akan menerima bantuan berjumlah RM 8,000.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook berkata, inisiatif ini adalah simbol keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib waris tanpa mengira bangsa dan agama.

Sijil khairat tersebut telah diserahkan kepada ADUN serta Penyelaras DUN kawasan masing-masing untuk disampaikan kepada penerima di sini, semalam.

“Penyerahan Fasa 1 hari ini berjumlah 10,777 orang melibatkan 7,552 orang Islam dan 3,225 yang bukan Islam dan inisiatif ini dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta Akaun Amanah Hal Ehwal Bukan Islam ( HEBI)”, ujarnya.

Penyerahan sijil khairat kematian kepada ADUN Repah untuk disampaikan kepada penerima.

Penyerahan sijil khairat kematian kepada ADUN Repah untuk disampaikan kepada penerima.

Tambahnya lagi, orang ramai, syarikat swasta dan pihak-pihak yang ingin menyumbang adalah amat dialu-alukan untuk berbuat demikian bagi membolehkan lebih ramai rakyat di Negeri Sembilan dapat dicarumkan dalam program ini.

-FF

Tinggalkan komen anda