Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Politeknik Merlimau Kampus Lestari dan Hijau ke-246 Terbaik Dunia

By 23 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Jais Gimin (PMM)/PMM

MERLIMAU, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) berjaya memperbaiki kedudukan dalam penarafan Ranking Universiti Dunia UI-Greenmetric 2021 apabila menduduki tangga ke-246 daripada 956 penyertaan seluruh dunia sebagai kampus paling lestari dan hijau di dunia.

Menurut Pengarahnya Mohd Hatta Zainal, pencapaian tersebut juga telah meletakkan PMM selaku institusi pendidikan yang ke-14 terbaik di Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh pihak UI GreenMetric.

“Apa yang lebih membanggakan mengenai pencapaian ini, kami turut berada di hadapan berbanding universiti tempatan yang lain dan turut berada di hadapan 8 politeknik yang mengambil bahagian,“ katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hatta turut berkata, pencapaian ini jauh lebih baik berbanding tahun 2020 kerana telah naik daripada kedudukan 254 kepada 246.

“Saya ingin memberi penghargaan kepada seluruh warga kampus terutamanya Jawatankuasa Hijau PMM yang sekian lama amat komited dalam memastikan PMM yang terbaik di Malaysia dalam aspek kelestarian hijau dalam kalangan politeknik dan seterusnya dapat memintas beberapa universiti awam dalam hal ini,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda