Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bendung Longgokan Sampah Haram dengan Penutupan Jalan

By 5 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Majlis Perbandaran Taiping

TAIPING, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Rentetan daripada sikap suka melonggokkan sampah di tepi jalan, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPT Zon 12 telah mengambil satu pendekatan iaitu menutup jalan yang kerap menjadi lokasi pembuangan sampah haram dengan tali penghadang serta diletakkan notis amaran di Jalan Susur Paduka Setia 2, RPT Paduka Setia baru-baru ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Muhammad Hafizzuddin Azhar, beliau menyeru semua pihak agar menghentikan tabiat membuang sampah merata-rata tempat dengan mengamalkan pengurusan sampah dengan cara yang betul dan sediakan tong sampah mengikut kapasiti yang bersesuaian.

Pihak MPT menyediakan jadual kutipan sampah kepada pihak kontraktor bagi memastikan tidak berlakunya isu longgokan sampah di kediaman masing-masing, namun penduduk lebih gemar untuk membuang sampah di sepanjang jalan tersebut.

Suasana yang memburukkan pemandangan disekitar kawasan tersebut.

Suasana yang memburukkan pemandangan disekitar kawasan tersebut.

Tambah beliau lagi, penduduk RPT Paduka Setia harus peka jadual kutipan sampah oleh kontraktor dari rumah ke rumah yang dilaksanakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

“Penghuni kediaman haruslah menyediakan tong sampah di hadapan kediaman masing-masing dan pastikan tiada kenderaan atau pelbagai bentuk halangan lori memasuki lorong kediaman anda,” katanya.

Pemasangan notis dilarang membuang sampah oleh JKP MPT Zon 12.

Pemasangan notis dilarang membuang sampah oleh JKP MPT Zon 12.

Pihak MPT tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi mana-mana pihak yang membuang sampah secara haram dengan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Perbandaran Taiping) 1984 (Pk.P.U.18).

Tawaran kompaun tidak lebih daripada RM 250.00 akan dikeluarkan dan sekiranya di sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih satu (1) tahun atau kedua-duanya.

Bersempena dengan tahun baharu ini, disarankan rakyat Malaysia untuk menjaga kebersihan di kediaman masing-masing serta persekitaran taman mahupun kampung yang mana adalah tanggungjawab bersama dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perkara ini perlu ditangani segera bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya bencana banjir yang tidak diduga sepertimana yang dilanda negara baru-baru ini, bersama-sama kita menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar agar Taiping sentiasa kekal sebagai Bandar Warisan.

~RJ~

Tinggalkan komen anda