Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorMA

Tindakan Pantas Anggota Penyelamat Selamatkan Penduduk Dari Banjir

By 5 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 5 Jan (Malaysiaaktif) ā€“ Beberapa kawasan di sekitar daerah Batu Pahat telah dinaiki air akibat taburan hujan yang luar biasa beberapa hari ini dan antara kawasan yang teruk terjejas adalah Kampung Haji Kamisan.

Ekoran daripada itu, tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah di buka iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Haji Kamisan, Sekolah Seri Sepakat dan SMK Yong Peng yangĀ menempatkan 31 keluarga dengan 107 ahli keluarga mangsa banjir dan 16 agensi yang terlibat.

Menurut salah seorang penduduk, Zainal Barji, 56, hujan yang turun tanpa henti semalaman telah menyebabkan air naik seawal jam 3.00 pagi.

“Tindakan pantas anggota Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah menyelamatkan kami sekeluarga dan para penduduk kampung.

Dengan adanya rekod pendaftaran ini pihak JKM dapat menyalurkan bantuan dengan pantas dan memudahkan pihak luar untuk mendapatkan maklumat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan - Sabariah Salim

Dengan adanya rekod pendaftaran ini pihak JKM dapat menyalurkan bantuan dengan pantas – Sabariah Salim

“Ketika itu rata-rata penduduk kampung masih tidur dan tidak menyangka air akan naik mendadak pada awal pagi,ā€ katanya ketika ditemui di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Haji Kamisan, di sini, semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat Sabariah Salim yang ditemui memaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat pendaftaran mangsa-mangsa banjirĀ bagi memudahkan proses mengenal pastiĀ identitiĀ mangsa-mangsa banjir.

ā€œDengan adanya rekod pendaftaran ini pihak JKM dapat menyalurkan bantuan dengan pantas dan memudahkan pihak luarĀ untuk mendapatkan maklumat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menteri Besar Johor memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan.

Menteri Besar Johor memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan.

“JKM pada awalnya hanya membuka sebuah PPS sahaja namun pihak kami telah menambah dua buah lagi PPS berikutan kawasan yang terjejas semakin luas,” katanya lagi.

Tambah beliau, kelengkapan di PPS seperti tikar, selimut, kain batik dan lain-lain juga turut diberikan termasuk menyediakan hidangan makanan empat kali sehariĀ untuk mangsa-mangsa banjir.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mencemar duli melawat ke PPS ini.

Selain itu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad bersama-sama ADUN dan Pegawai Daerah turut melawat ke kawasan-kawasan yang terjejas dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

-NI-

Tinggalkan komen anda