Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Negeri Setuju Kecualikan Bayaran Sewa Rumah PAKR

By 7 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Kuantan)/Facebook Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri bersetuju untuk mengecualikan bayaran sewa rumah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) bagi penduduk yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor kebajikan rakyat yang terlibat dengan bencana banjir termasuklah yang melibatkan penghuni rumah PAKR yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40).

“Kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 5 Januari lalu bersetuju mengecualikan bayaran sewa rumah PAKR, termasuk yang mempunyai tunggakan untuk tempoh selama tiga bulan bermula Januari hingga Mac 2022.

“Bantuan Kerajaan Negeri ini akan melibatkan seramai 2,072 isi rumah yang melibatkan kos sebanyak RM300,800 sebulan menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM902,400,” menurut kenyataan tersebut, di sini, semalam.

Kerajaan negeri sangat bersimpati dan akan terus komited untuk membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri Pahang.

Menteri Besar sebelum ini telah mengumumkan beberapa bantuan khas kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Beliau memaklumkan akan sentiasa meneliti keperluan dan bantuan kepada mangsa banjir dari semasa ke semasa.

-AH-

Tinggalkan komen anda