Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat kepada 3,270 Kes

By 6 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 meningkat semalam kepada 3,270 kes berbanding 2,842 kes kelmarin, menjadikan kes kumulatif dijangkiti wabak itu adalah 2,773,156.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 69 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 3,201 kes lagi ialah kategori satu dan dua.

“Kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 257 manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 137,” katanya menerusi satu kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 semalam.

Mengenai jumlah kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 3,195 kes dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada jangkitan wabak itu adalah 2,701,808 kes.

Beliau berkata empat kluster baharu turut dikenal pasti dengan 195 kluster masih aktif setakat ini, sementara nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini mencatatkan 0.99, kelmarin.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 465 kes seperti dimaklumkan semalam kerana tiada pertambahan kes baharu dilaporkan setakat 3 petang semalam.

Beliau berkata 58 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir terdiri daripada 32 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut, penyakit kulit (20) dan Acute Gastroenteritis (enam).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda