Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat Sedikit

By 13 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 13 Jan (Malaysiaaktif) –Β Kes harian COVID-19 yang dilaporkan dalam negara meningkat kepada 3,198 semalam berbanding 3,175 kelmarin, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menjadikan kumulatif kes positif kini 2,795,233 manakala pertambahan kes sembuh sebanyak 3,200 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 2,723,599.

Noor Hisham berkata daripada 3,198 kes baharu itu, sebanyak 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 3,159 kes (98.8 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 215 kes dengan 105 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan semalam menjadikan kluster aktif kini berjumlah 179.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia kelmarin adalah 1.00 dengan negeri tertinggi mencatatkan nilai Rt ialah Labuan (1.12) diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 1.08, Sabah (1.07), Melaka (1.05) dan Negeri Sembilan (1.04).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 13 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir semalam dan daripada jumlah itu, 12 kes merupakan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu Acute Gastroenteritis (AGE).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda