
Laporan/foto : Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)
TAMPIN, 10 Jan (Malaysiaaktif) –Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) daerah barat daya P.Pinang telah menggerakkan misi kemanusian mangsa banjir dengan menghantar sebanyak 2,000 biji bantal ke daerah Tampin yang terjejas banjir baru-baru ini.
Seramai 30 ahli yang di ketuai oleh ayahanda Datuk Norhisyam Ahmad telah menyerahkan bantal ini kepada Datuk Mohd Isam bin Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kawasan Gemencheh di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir DUN Gemencheh.
ADUN Gemencheh berkata beliau akan menggerakkan UMNO bahagian Tampin, Sayap Pemuda UMNO Tampin, Gerakan Belia 4B Tampin, Mayc Tampin, Pengakap Tampin dan kelab belia lain untuk mengagihkan barangan sumbangan yang ada kepada mangsa banjir secepat mungkin.
Bagi Suhaimizan bin Bizar, 38, Pemangku Ketua Pemuda UMNO berkata, inisiatif PEKIDA merupakan satu bukti bahawa rakyat Malaysia sangat perihatin dalam membantu manusia dalam kesusahan.
“Kami di Tampin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PEKIDA Barat Daya Pulau Pinang yang sudi membantu mangsa banjir di daerah ini.” Katanya lagi.
-FF