Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Remaja, AJK Masjid Berdamai

By 29 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KUANG, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Remaja yang tular apabila dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap mencuri dan pihak ahli jawatankuasa (AJK) masjid berdamai dalam satu pertemuan petang semalam.

Daniel Iskandar, 19, ditemani datuknya di Masjid Al-Islahiah untuk mengadakan pertemuan yang diatur Persatuan Peguam Islam Malaysia (PPIM).

Presiden PPIM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan kedua-dua pihak saling bermaaf-maafan.

“Semua pihak yang terlibat sepakat untuk bermaaf-maafan dan bersetuju tidak mengingati kejadian tersebut.

Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan pihak masjid memandikan Daniel selepas ditangkap mencuri.

Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan pihak masjid memandikan Daniel selepas ditangkap mencuri.

“Diharap ia akan menjadi teladan kepada institusi-institusi Islam untuk menganjurkan perdamaian antara kedua belah pihak,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Islahiah, di sini.

Turut hadir, Timbalan Mufti Selangor, Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris dan Ketua Kampung Damai, Abdul Ghani Abdullah.

Mengulas lanjut, Zainul berkata keluarga Daniel berterima kasih atas inisiatif PPIM yang memberi peluang kedua-dua pihak untuk bertemu.

“Ini peluang pihak keluarga dan masjid untuk bertemu dan meluahkan perasaan masing-masing,” jelasnya.

Sebelum ini, tular video berdurasi seminit 25 saat di media sosial memaparkan pemuda berkenaan dimandikan seperti jenazah oleh pihak masjid telah menerima reaksi pelbagai pihak.

-RI

Tinggalkan komen anda