Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

13,944 Kes Baharu

By 9 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi paras 10,000 untuk tiga hari berturut-turut apabila 13,944 kes dilaporkan semalam berbanding 11,034 kes kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 kini 2,939,198 kes. Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes melepasi 13,000 adalah pada 26 September lepas (13,104).

Menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata 99.48 peratus atau 13,871 kes baharu semalam adalah dalam Kategori Satu dan Dua manakala 73 kes lagi atau 0.52 peratus berada dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Beliau berkata Kategori Satu mencatat sebanyak 3,942 kes atau 28.27 peratus; Kategori Dua (9,929 kes atau 71.21 peratus); Kategori Tiga (54 kes atau 0.39 peratus); Kategori Empat (11 kes atau 0.08 peratus) dan Kategori Lima (lapan kes atau 0.05 peratus).

Terdahulu, menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) negara semalam mencatatkan 1.32 berbanding 1.27 kelmarin dengan Sabah dan Perlis merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.54 diikuti Sarawak 1.48 dan Terengganu 1.36.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda