Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kemeja-T Berharga RM8,000 Antara Koleksi Dijual di PVF

By 8 Februari 2022Februari 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

https://www.facebook.com/malaysiaaktif.official/posts/320313590110018

Laporan/foto: Zayana Isa/Syazwan Fahmi (Pahang)

KUANTAN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Kemeja-T berharga RM8,000 merupakan antara koleksi termahal yang dijual di Pahang Vintage Festival (PVF) yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Makmur baru-baru ini.

Kemeja-T yang mempunyai gambar penyanyi dari Iceland, Bjork dijual oleh seorang peniaga pakaian terpakai dari Kota Bharu, Kelantan Azmalnizam Sanji yang merupakan salah seorang peniaga di PVF.

Selain koleksi tersebut, beliau turut menjual sehelai kemeja-T kumpulan The Smashing Pumpkin berharga RM1,800.

Bagi beliau, penganjuran acara seperti ini membuka ruang perniagaan kepada peniaga kecil sepertinya dan turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat pakaian terpakai.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda