
Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)/APM Sik
SIK, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 49 kes tangkapan ular direkodkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik sepanjang bulan Disember 2021 hingga Januari tahun ini.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt. (Pa) Haisul Aishah Mohd Napiah, disebabkan cuaca panas haiwan berbisa dan merbahaya ini keluar bagi mencari tempat perlindungan terutamanya di kawasan yang lebih sejuk.
“Haiwan ini juga akan mencari habitat baru sekiranya dirasakan kawasannya terancam,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.
-RI