Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Kembali Lepasi Angka 5,000

By 2 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara kembali mencatatkan angka melepasi 5,000 apabila merekodkan 5,566 kes semalam berbanding 4,774 kes kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif 2,876,324 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 51 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

“Daripada 5,566 kes itu, sebanyak 227 adalah kes import dan 5,339 kes tempatan manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 113 kes dan 59 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan harian situasi semasa jangkitan COVID-19.

Beliau berkata sebanyak 3,187 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini ialah 2,787,190 orang.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster baharu direkodkan dengan 318 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata Rt negara berada pada paras 1.15 dengan Kedah dan Johor masing-masing merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.17 setakat kelmarin.

“Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemas kini pada jam 12 tengah malam setiap hari,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda