Skip to main content
HomeLabuanMA

LABUANfm Lancar Rancangan Baharu Sempena Hari Radio Sedunia 2022

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus / RTM Labuan

LABUAN, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Bersempena Hari Radio Sedunia 2022, LABUANfm melancarkan Ging Bejaur dan Rancangan Baharu LABUANfm 2022 dalam satu majlis pelancaran yang dilaksanakan secara podcast semalam.

Menurut Pengarah Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, LABUANfm meningkatkan usaha menambahbaik kandungan dan persembahan siaran supaya masyarakat tetap yakin dengan maklumat yang diberi.

Antara warga Penyiar LABUANfm terawal yang lebih dahulu dikenali sebagai Radio Malaysia Labuan.

Antara warga Penyiar LABUANfm terawal yang lebih dahulu dikenali sebagai Radio Malaysia Labuan.

“Ging Bejaur terbitan Muhammad Rastwin Stia berkonsepkan penyampai radio turun ke lokasi terpilih dua minggu sekali dan berlintas langsung ke konti.  Selain siaran radio, ia juga disiarkan secara strim langsung menerusi Facebook Live LABUANfm dan saluran YouTube LABUANfm.

“Plektrum 22 juga merupakan program baharu bagi memberi hiburan yang pelbagai seperti muzik orkestra, akustik dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya, penjadualan semula beberapa segmen dan program baharu turut diperkenalkan selain memantapkan program sedia ada.

-ZS-

Tinggalkan komen anda