Skip to main content
HomeKuala LumpurMA

Mutiara 134 Tahun di Tengah Kota Raya

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Elyas Hisyam Mat Zin/Muhamad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Taman Botani Perdana yang terletak di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur diilhamkan oleh Residen British, A.R Venning pada tahun 1888, dahulunya dikenali sebagai ‘Sydney Lake’ menjadi ‘paru-paru’ hijau bandar.

Taman ini menawarkan pelbagai tarikan antaranya Galeri Herbarium, Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Panggung Anniversari, Taman Rusa, Rumah Buluh, trek joging, taman permainan serta suasana hutan yang mendamaikan.

Taman Sunken yang dipenuhi dengan pokok renek Acalypha Siamensis, Loropetalum Chinese dan Zephyranthes.

Taman Sunken yang dipenuhi dengan pokok renek Acalypha Siamensis, Loropetalum Chinese dan Zephyranthes.

Beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam, lokasi ini menjadi tumpuan ‘Keluarga Malaysia’ khususnya pada hujung minggu untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti riadah dan santai bersama keluarga.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak yang diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

-ZS-

Tinggalkan komen anda