Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

NCER – KRC Rapatkan Jurang Pembangunan Eknonomi Negeri

By 8 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Anis Othman/Muhammad Syafiq Md Saad (Padang Terap)

PADANG TERAP, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Projek Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) – Kedah Rubber City (KRC) bakal transformasi negeri Kedah selain rapatkan jurang antara wilayah dalam pembangunan ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembinaan KRC ini melibatkan kawasan seluas 1,244 ekar dan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan keluasan seluas 499 ekar dan fasa kedua seluas 748 ekar.

“KRC merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan dilihat sebagai satu usaha menjadikan negeri tersebut sebuah negeri maju,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian projek tersebut di Bukit Ketapang Kuala Nerang, di sini semalam.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda